Terms & Conditions

1. Estimated processing time is TWO month depends on job in hand, delivery within 1-2 weeks. If an an extension period is required, we shall inform to customer the status

2. Price inclusive transportation around Selangor & KL only. Transportation charge will be applied accordingly for area outside KL & Selangor

3. Additional page rate or additional based on request

4. Storybook package inclusive of Exclusive Crystal Leather Cover Page & Free Hard Box

5. All packages inclusive of free Non-woven Bag

6. 30% payment upon confirmation of booking and payment need to be made within 3 days after confirmation. The deposit will not refundable for any cancellation

7. Any changes regarding event time or details should be informed at least ONE month before the event

8. All images taken by AhEyRennzu Phtography are copyright and company has the right to use client's mage for marketing and promotion purposes.

Dear Customer, kindly please go through our agreement as mentioned here;

----------------------------------------------------------------------------------------


PERJANJIAN PERSETUJUAN


Pelanggan bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak AhEyRennzu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini

Item 1: Perniagaan dan Komitmen

1.       Faham dan setuju pakej yang ditawarkan adalah bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan
2.       Faham dan setuju promosi yang ditawarkan adalah bergantung kepada tempoh masa seperti dinyatakan sahaja
3.       Setuju dengan semua hasil perbincangan yang telah mencapai kata sepakat di antara pelanggan dengan pihak AhEyRennzu
4.       Faham dan setuju dengan komitmen AhEyRennzu yang menjalankan perniagaan secara sambilan dan faham dengan waktu bekerja yang terhad

Item 2: Pakej dan Bayaran

1.       Setuju kesemua pakej yang terdapat di AhEyRennzu yang ditawarkan mengenakan caj  berdasarkan perkhidmatan seorang fotografer sahaja, mana-mana pertambahan perkhidmatan fotografer akan dikenakan bayaran tambahan mengikut kadar yang ditetapkan atau seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
2.       Setuju dengan bayaran pakej/ perkhidmatan yang dikenakan terhadap pelanggan adalah berpatutan berdasarkan permintaan pelanggan. Pelanggan tidak berhak menuntut bayaran semula deposit atau bayaran penuh setelah membuat persetujuan tanpa pihak AhEyRennzu menimbulkan keraguan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini
3.       Setuju dengan tempoh memproses album yang ditetapkan oleh AhEyRennzu tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh perkhidmatan atau dipanjangkan bagi tempoh tertentu bergantung kepada waktu perkhidmatan samada waktu puncak atau waktu normal
4.       Setuju membuat bayaran 30% sebagai tempahan tarikh,  60% sebagai pengesahan perkhidmatan dibuat 2 minggu sebelum tarikh majlis dan baki 10% dijelaskan sewaktu mengambil album. Faham bayaran tempahan tidak boleh dituntut disebabkan oleh pembatalan tempahan atas permintaan pelanggan dan jika sebaliknya, pihak AhEyRennzu perlu membuat bayaran semula kepada pelanggan keseluruhan jumlah tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan.
5.       Faham dan setuju pelanggan tidak dibenarkan membatalkan perkhidmatan yang telah diambil samada sebelum tarikh majlis, semasa atau selepas dan tidak dibenarkan menuntut semula bayaran kepada AhEyRennzu.
a.       Selepas tempahan – Keseluruhan bayaran tidak akan dikembalikan disebabkan pembatalan sebelum tarikh majlis
b.      Sebelum Majlis (Maksimum 2 minggu sebelum majlis)- Hanya 50% bayaran pengesahan akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat kurang 2 minggu daripada tarikh majlis manakala 30% bayaran tempahan tidak akan dipulangkan
c.       Selepas majlis – Jumlah keseluruhan bayaran (90%) tidak akan dipulangkan dan tidak berhak mendapat softcopy atau album

6.       Setuju tiada rundingan harga selepas bayaran ditetapkan atau setelah bayaran deposit dibuat tanpa AhEyRennzu menimbulkan keraguan seperti dalam perjanjian. AhEyRennzu berhak membatalkan tempahan/perkhidmatan jika pelanggan gagal membuat bayaran seperti yang dinyatakan dan segala bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan
7.       Pelanggan bertangungjawab memaklumkan kepada pihak AhEyRennzu sebarang perubahan tarikh majlis sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Sebarang perubahan selepas tempoh dinyatakan tidak akan dilayan dan pihak AhEyRennzu berhak membatalkan tempahan dan bayaran tempahan tidak akan dikembalikan

Item 3: Album dan Imej

1.       Faham dan setuju proses design review sebelum album dicetak hanya terhad untuk pakej storybook dan photobook sahaja. Bagi pakej mockup, album yang telah siap akan terus dihantar kepada pelanggan/butik mengikut design dan susunan yang telah ditetapkan oleh AhEyRennzu
2.       Faham dan setuju bahawa penangguhan proses pencetakan album disebabkan oleh kecuaian pihak pencetak adalah bukan dibawah tanggungjawab AhEyRennzu. Walaubagaimanapun, AhEyRennzu bertanggungjawab memaklumkan kepada pelanggan status pencetakan dari semasa ke semasa
3.       Faham dan setuju sebarang  imej yang dikemaskini di laman social Facebook  atau Blog AhEyRennzu adalah bertujuan untuk promosi dan adalah mendapat kebenaran daripada pelanggan
4.        Faham dan setuju semua imej yang diambil oleh AhEyRennzu adalah Hak Cipta Terpelihara dan  AhEyRennzu berhak menggunakan imej pelanggan untuk tujuan promosi, pemasaran atau pertandingan

Item 4: Pengangkutan dan Penginapan

1.       Faham dan setuju kos pengangkutan ditanggung oleh AhEyRennzu terhad di kawasan Hulu Selangor, Shah Alam dan Puchong sahaja. Perkhidmatan selain daripada kawasan yang dinyatakan akan dikenakan caj pengangkutan mengikut kadar yang ditetapkan dan hendaklah dijelaskan sebelum tarikh perkhidmatan
2.       Faham dan setuju AhEyRennzu berhak memilih tempat penginapan mengikut keselesaan bagi kawasan perkhidmatan di luar kawasan yang dinyatakan dan kos penginapan ditanggung oleh pelanggan atau pelanggan menyediakan tempat penginapan yang selesa dan dipersetujui oleh pihak AhEyRennzu

---------------------------------------------------------------------------------------- 

No comments:

Post a Comment